Ekstrak daun herba Stevia mempunyai kemanisan sehingga 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa TETAPI apa yang unik mengenai pemanis semulajadi yang berasaskan Stevia ini, ianya mempunyai 0% kalori, 0% lemak, 0% kolestrol, 0% protin, 0% toksid, 0% glukos dan 0% karbohidrat. Hasil kajian menjelaskan bahawa 1 gelas gula biasa bersamaan dengan setengah sudu kecil ekstrak Stevia dan 10gm ekstrak Stevia boleh memaniskan kira-kira 400 gelas air. Para saintis merumuskan Stevia yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan gula dalam badan. Memandangkan Stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes. Pengambilan Stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak akan memudaratkan memandangkan sifat daun stevia yang SIFAR SEGALANYA. Selain dari itu, penduduk di Brazil menggunakan daun stevia ini sebagai ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis dan merawat luka terbakar.
DOA RINGKAS SELESAI SOLAT
11 years ago
0 comments:
Post a Comment